Feb 10, 2013

sedekah

Syaikh Abdul Hadi adalah seorang imam di sebuah masjid di Syria. Pada suatu hari anaknya jatuh sakit. Sudah puas dia berusaha mengubatnya tetapi tidak juga sembuh. Hatinya sedih kerana dia seperti orang lain amat menyayangi anaknya itu. Sudah puas dia memikirkan apa yang patut dilakukan tetapi pada masa yang sama meneruskan solatnya.

Ketika dia ingin mengambil wuduk, dia teringat firman Allah SWT "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan (mengerjakan) solat", Al-Baqarah, ayat 45. Syaikh Abdul Hadi juga teringat pada sebuah hadis dari Abu Umamah Al-Bahili r.a. yang menyebyt sabda Rasulullah SAW, "Ubatlah orang sakit di antara kalian dengan bersedekah".

Syaikh Abdul Hadi termenung dan timbul pertanyaan kepada siapa beliau harus bersedekah pada lewat malam? Siapa yang akan menerima sedekahnya? Tanpa diduga Allah SWT segera mengirim jawapan apabila Syaikh Abdul Hadi mendengar suara kucing kelaparan. Dia pulang ke rumah mendapatkan sekeping daging. Bukankah menolong haiwan juga sedekah? Dia memberi daging itu pada kucing yang lapar tadi.

Apabila pulang ke rumah, isterinya bercerita, ketika anaknya yang tidak sihat itu berada dalam gendongannya, tiba-tiba seekor burung besar berwarna hitam datang dari arah langit untuk menyambarnya. Beliau terus memeluknya tanpa berfikir apa yang patut dilakukan. Namun, secara tiba-tiba, datang seekor kucing yang menerkam. Burung itu pun terbang lari.

Syaikh Abdul Hadi tersenyum gembira. Keesokan harinya dengan izin Allah, anaknya sihat dan mula boleh bermain-main bersama kawannya. Itu tentunya berkat sedekah kepada kucing.

0 voice(s):

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting