Apr 11, 2013

teacher


“You think I want to be your teacher?!”

Aku masih teringatkan ayat itu walaupun ayat itu diungkapkan semasa zaman persekolahan aku dulu. Ketika itu barangkali guru kelas aku sakit hati dan kecewa dengan markah ujian kami. Beliau dengan penuh emosi dan amarahnya memberitahu betapa dia membenci jawatannya sebagai seorang guru Bahasa Inggeris. Katanya, jika bukan dia tidak dapat menyambung pelajarannya di bidang perakaunan, mana mungkin dia menjadi seorang guru hari ini. Sebagai seorang murid yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama lagi, aku terkesima. Tergamak seorang guru melepaskan marahnya kepada murid-muridnya apabila dia gagal mendapatkan apa yang dimahukannya. Sedangkan itu keputusannya sendiri. Aku marah dan kecewa apatah lagi bila beliau bertindak melayan istimewa kepada murid-murid kegemarannya sahaja dan melayan kami yang selebihnya seperti sampah masyarakat. Seperti orang yang tiada masa depan. Tentulah sekali aku tergolong dalam kategori yang selebihnya itu.

Ketika keputusan peperiksaan diumumkan, beliau mengucapkan tahniah malah mengatakan beliau berbangga dengan keputusan itu. Satu ciuman di pipi diberikan buatku oleh seorang guru yang dahulunya tidak pernah mengambil tahu tentang murid-murid selain kegemarannya. Sekali lagi aku terkesima. Terkesima dengan tindakan yang bagi aku seperti menjilat ludah sendiri.

Tapi itu semua cerita lama. Aku tahu tidak wajar untukku mengungkit-ungkitnya kembali. Aku tidaklah berdendam dengan guru itu, tidak sama sekali.

Cuma aku terkenangkan kisahnya yang sangat membenci profesyennya sebagai seorang guru sehingga menempelak murid-muridnya hanya gara-gara beliau tidak dapat menjadi seorang akauntan. Aku terasa seperti aku berada di situasinya sekarang.



Aku masih belajar dan memaksa diriku untuk menjadi seorang jurutera awam.

Apr 9, 2013


Ya Allah Ya Tuhanku,

Sekiranya benar dialah untukku, kau tunjukkanlah kami jalan yang halal dan permudahkanlah jalan itu ya Allah. Dan sekiranya dia bukanlah untukku, kau berikanlah petunjuk dan jauhkanlah kami daripada permainan hati ini.

Sesungguhnya Engkau lah Maha Mengetahui.
 

Template by Best Web Hosting