Mar 7, 2011

entri

baru tersedar, sejak dua menjak ni, entri blog banyak bertemakan perasaan.marah.benci.suka.duka.keliru.semua ada.

mungkin sebab blog tempat terbaik untuk luahkan apa yang tak terkongsi dengan keluarga dan rakan-rakan. tapi tak sangka, ada juga yang membaca, terima kasih kerana meluangkan masa ;)

cakap pasal hati, teringat sebelum ni pernah terdetik "kan best kalau ada orang suka aku, tak kisah lah kalau orang tu aku tak suka ke apa, asalkan ada orang suka aku". mungkin kata-kata tu telah menjadi doa yang termakbul. terlajak kata, menyesal rasanya. jangan dibuat main-main soal hati. bunyi memang macam best ada orang yang berminat dengan kita, tapi tidak lagi best apabila orang itu berpotensi membawa bahaya kepada anda.pening kepala. apatah lagi apabila ada orang lain di hati anda. mulalah hati berkata lagi "kan best kalau orang yang suka aku tu adalah orang yang aku suka" . nahhh, secara tak langsung terdoa lagi. bahaya lagi. tak semestinya orang yang kita suka tu adalah yang terbaik bagi kita.

hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik untuk kita. Dia yang Maha Mengetahui. Subhanallah. jadi, sebelum keluarkan kata-kata, fikir dahulu.

Ya Allah, jika lelaki itu bukan untukku, kau jauhkanlah aku daripada perasaaan ini, tetapi sekiranya benarlah lelaki itu jodohku, kau permudahkanlah jodoh kami, dan jauhkanlah kami daripada bisikan syaitan yang direjam. amin ya rabbal alamin

1 voice(s):

Unknown said...

my dear nisa,

boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al Baqarah 2:216]

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting