Showing posts with label reminder. Show all posts
Showing posts with label reminder. Show all posts

Jan 10, 2013

have faith






Dec 16, 2012

respect

Esok akan masuk hari ke 19 aku bekerja part time di Guardian, tertulis sebagai cashier tetapi aku jarang  di cash register tu, kerja aku lebih banyak melibatkan maintenance barang-barang dan kedai. Aku teringat sebelum aku dapat kerja tu, aku pernah cakap, kerja part time di Guardian adalah kerja idaman aku, kerana aku membayangkan kerjanya mudah dan hanya perlu melayan customer sekali-sekala sahaja, tapi sangkaan aku meleset, kerja part time sekalipun cukup berat. Aku demam selepas balik kerja hari kedua, badan yang jarang bekerja mula memprotes agaknya. Terdetik juga dalam hati mahu berhenti, mahu quit. 

Aku bukan mahu mengomel seperti anak manja yang tidak pernah hidup susah, tidak, cuma aku tak expect kerja aku akan melibatkan tengkingan, mengangkat barang-barang berat, berdiri sepanjang masa, menyapu dan mop lantai. Sejujurnya, aku fikir, kerja di kedai seperti Guardian sangat mudah, gampang bak kata bahasa indon. Maybe i don't prepare myself for things that i should expected. Betapa fragilenya diri ni ketika itu, terasa mahu give up, gugur jugalah sekali dua air mata mengenang perasaan keterpaksaan diri bekerja di situ. 

Tapi aku gagahkan  juga diri, tabahkan hati untuk meneruskan, tak mahu mengalah. Bukannya ada orang paksa aku pun untuk pilih tempat tu, aku yang sukarela jadi tanggunglah sendiri akibatnya. Teringat pada hari jadi aku ahad lepas, aku ditugaskan bekerja, betapa sedihlah hati, segala benda negatif masuk dalam diri. Ditambah pula dimarahi pelanggan dan family pada hari yang sepatutnya hari happy untuk aku. Nampak tak di situ?Bila kita dah memang tak relakan diri, apapun tak kan jadi, semua bendalah dijadikan alasan untuk menjadi negatif.

Kebetulan aku ternampak post kawan aku di Facebook, entri aku sebelum ni, dia buat aku tersedar, membuatkan aku mahu keep going. I took all the miseries in positive way, told myself it's a challenge for me. Sejak itu aku berubah, aku menjadi lebih gagah dan lebih positif dan Alhamdulillah, aku hampir tamat minggu ketiga bekerja. Apabila semua menjadi positif, semua menjadi mudah, aku mula nampak kebaikan aku bekerja part time di Guardian. 

Setelah berada sendiri di tempat seorang pekerja non-professional, aku sedar selama ini aku tidak pernah menganggap kerja mereka sukar, kerana bagi aku mereka tidak memerlukan ijazah untuk menjadi seorang juruwang, jadi mereka tidak perlu bersusah payah ke menara gading. Jangan salah faham, aku tidak pernah memandang rendah kepada kaum pekerja non-professional, bagi aku mereka juga manusia yang perlu dilayan sama rata seperti kita. Cuma aku tidak pernah menyelam perasaan mereka yang bekerja keras untuk gaji yang tidak seberapa. Hormat aku bertambah untuk mereka.

Siapa kata kerja sebagai juruwang tidak susah? Siapa kata kerja sebagai salesperson tidak susah? Siapa kata kerja sebagai cleaner tidak susah? Sejuk tangan aku bila menjadi juruwang dengan barisan  panjang pelanggan yang mahu membayar, stress dengan segala promosi, terms & condition yang memerlukan extra button ditekan di cash register. Silap bayaran jika ada kekurangan, juruwang lah yang bertanggungjawab untuk menambah nilai wang yang kurang. Pengalaman aku, kurang RM9, terpaksalah mengeluarkan wang poket. Mungkin anda fikir amaun tu sedikit sahaja tapi amaun tu amat bermakna untuk orang tidak berpendapatan /berpendapatan rendah seperti aku. 

Di Guardian, kami amalkan polisi 'Customer is always right' walaupun pelanggan itu yang salah. Aku pernah dimarahi pelanggan atas salah orang lain, nak menegakkan benang yang basah makcik tu, tapi tadahkanlah saja telinga. Nak buat macam mana, sabarkan saja hati. Bukan senang nak pleasekan pelanggan,. Perkara ni membuatkan aku lebih hormat pada pekerja-pekerja yang sabar melayan kerenah pelanggan yang sentiasa mahu betul. Kira macam kelas memupuk kesabaran pun ada. Dan juga belajar menerima dipanggil kakak, makcik atau lain-lain oleh mereka, takkanlah nak beritahu mereka umur kita pula kan? 

Anyway, bukanlah semuanya perkara buruk sahaja yang berlaku. Aku bersyukur aku tidak berputus asa mula-mula dulu. Aku berpeluang untuk bergaul dengan semua lapisan masyarakat, mungkin selama ini aku hanya berada di atas sahaja, bila dapat merasa berada di bawah, aku menjadi lebih bersyukur. Aku lebih positif. Bukanlah nak kata aku pasti tidak akan mengeluh/mengomel lagi selepas ni, itu menipu namanya, cuma aku lebih menghargai. Menghargai sumbangan orang lain yang mungkin nampak kecil tetapi significant peranan mereka. Tugas aku untuk menyapu dan mop lantai setiap kali tutup kedai membuat aku lebih memahami perasaan seorang cleaner. Betapa penat dan sakit-sakit seluruh badan melakukan pekerjaan yang mungkin nampak enteng bagi orang lain. Siapa tahu, mengemop lantai juga memerlukan strategi. Pendek kata semua pengalaman ini mengajar aku sedikit sebanyak erti hidup.

Oh tanpa sedar, betapa panjangnya aku telah berceloteh, bukan selalu mood menulis karangan Bahasa Malaysia itu datang, apatah lagi panjang berjela seperti ini. Jika English ada Grammar Nazi, mungkinkah Bahasa Malaysia ada Komunis Tatabahasa? Jika ada, kepada pembaca merangkap Komunis Tatabahasa, maafkan celoteh saya, kekurangan tatabahasa dan pemahaman saya amatlah dikesali.


Sekian. 

Dec 3, 2012

tough

This is how I've survived my current situation.

Nov 21, 2012

Setitis air




"Boikot-boikot ni tak praktikal..." kata seorang teman kepada saya baru-baru ini.
"Mengapa?" tanya saya.
"Kalau kita boikot produk-produk tu, kita juga yang susah. Bukankah anak-anak kita juga yang bekerja dengan syarikat-syarikat berkenaan?" jawabnya dengan satu soalan.

Saya terdiam. Ada logiknya.
"Kita belum kuat, jangan cari penyakit,"tambahnya lagi.

"Kalau begitu bagaimana kita hendak melahirkan kebencian tehadap Zionis?" kata saya.
"Perlukah kebencian dilahirkan?"
"Kalau kebencian tidak dilahirkan, apa maknanya?"
Dia pula diam.

"Kalau awak setuju dengan kempen boikot produk Yahudi ni...ada cara lain?"
"Kita tak boleh buat apa-apa,"ujarnya selamba.
Sikap inactivenya itu mengingatkan saya satu kisah yang saya dengar diceritakan dalam satu rancangan TV9 oleh Ustaz Zamri "Mantop" satu ketika dahulu.

Kisah bagaimana ketika Nabi Ibrahim a.s dibakar oleh Raja Namrud dengan api besar. Melihat api besar itu, seekor burung kecil segera mengambil air dengan paruhnya yang kecil lalu dititiskannya ke atas nyalaan api besar itu. Perbuatan burung kecil itu ditertawakan oleh burung-burung yang lebih besar.

"Apa gunanya air yang setitis itu?" Burung besar menyindir.
"Untuk memadamkan api yang membakar kekasih Allah Nabi Ibrahim," jawab burung kecil.
"Ha..ha..ha usaha yang sia-sia! Adakah api yang sebesar itu mampu dipadamkan oleh setitis air?" ejek burung besar lagi.

Anda tahu apa jawapan burung kecil?
Jawapannya begini:

"Aku yakin bahawa Allah tidak akan bertanya kepadaku apakah dengan usahaku api itu berjaya dipadamkan, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku lakukan untuk memadamkan api itu...

"Mendengar jawapan burung kecil itu, sekalian burung yang besar terdiam.

Ya, kalau kita umpama "si burung kecil" dalam usaha memerangi kekejaman Yahudi... siramlah walau "setitis air" untuk memadamkan keganasan.

Carilah BUKTI dan SAKSI keperihatinan kita terhadap nasib umat Islam dihadapan Allah nanti.

Status dari seorang Hamba Allah

Keterangan lanjut tentang produk-produk yang diboikot boleh didapati di http://www.inminds.com/boycott-brands.html dan juga di video di bawah:


Nov 16, 2012

Pray For Gaza

When I was whining for having no money and no job, my brothers and sisters over there are fighting for their lives, with no guarantee if there is tomorrow for them, astaghirullahalazim. Dear readers, if you are reading this post, I hope you can spare the time to pray for our brothers and sisters at Gaza. O Allah, please help them, guide them and give them the strength to deal with this O Allah. Allahukbar!

To the readers, if you want to give a helping hand, you can contact Aqsa Syarif from the third picture below. Or the least you can do is to spread the words and pray for them because Dua' is our weapon. May Allah bless you, my brothers and sisters.

Tatkala aku mengeluh tiada duit, tiada pekerjaan, saudara-saudaraku di Gaza sedang bertarung dengan nyawa, berjuang demi hari esok yang tidak pasti, astaghfirullahalazim. Pembaca sekalian, sekiranya anda terbaca post ini, luangkanlah sedikit masa, marilah kita sama-sama doakan nasib saudara-saudara kita di Gaza. Ya Allah ya tuhanku, Kau bantulah mereka dan bimbinglah mereka dan berikanlah mereka kekuatan dalam menghadapi ujian ini ya Allah. Allahuakbar!

Kepada pembaca yang ingin menghulurkan bantuan, anda boleh hubungi Aqsa Syarif di gambar ketiga di bawah. Jika anda tidak berkemampuan, anda juga boleh menyebarkan pesanan ini dan mendoakan mereka kerana Doa iu senjata kita. Semoga bantuan anda dirahmati Allah. 






Ya Allah, berikanlah kekuatan dan kemenangan kepada saudara kami yang sedang berjuang di jalanMu Ya Allah.

Nov 6, 2012

phone call

Honestly, every time I need to make a formal phone conversation with someone, I get nervous, like very nervous. I feel like I'm being interviewed by a stranger sometimes. I hate the fact where your impression when the other person's talking is depending on the voice only. Even though we still can get the contents from their language and intonation, I prefer it to be a face to face conversation. Why? Because at least when I'm saying something to you face to face, I can see your reactions towards the message. I can know whether the message is delivered successfully or not, and I can know (maybe not every time) if the thing that I said  is affecting you.  When on phone, who knows maybe the informations are missed, I misheard something, got the wrong info etc. etc.

Due to all of the above reasons, I prefer to communicate through e-mail whenever formal matters are concerned. I'm not confident having a phone call thus I'm avoiding it as much as I can, but I still have to deal with it though, I know. I'm working on it now, to be braver in future, considering on my future working environment where more formal phone calls are needed. 

I remember I was so nervous making a phone call to Astro Customer Service to upgrade our package at home. I kept telling myself "just do it, it's not like I'm going to die talking to that stranger on phone". Lol. So funny.

picture from Google
 

Template by Best Web Hosting