Dec 16, 2012

respect

Esok akan masuk hari ke 19 aku bekerja part time di Guardian, tertulis sebagai cashier tetapi aku jarang  di cash register tu, kerja aku lebih banyak melibatkan maintenance barang-barang dan kedai. Aku teringat sebelum aku dapat kerja tu, aku pernah cakap, kerja part time di Guardian adalah kerja idaman aku, kerana aku membayangkan kerjanya mudah dan hanya perlu melayan customer sekali-sekala sahaja, tapi sangkaan aku meleset, kerja part time sekalipun cukup berat. Aku demam selepas balik kerja hari kedua, badan yang jarang bekerja mula memprotes agaknya. Terdetik juga dalam hati mahu berhenti, mahu quit. 

Aku bukan mahu mengomel seperti anak manja yang tidak pernah hidup susah, tidak, cuma aku tak expect kerja aku akan melibatkan tengkingan, mengangkat barang-barang berat, berdiri sepanjang masa, menyapu dan mop lantai. Sejujurnya, aku fikir, kerja di kedai seperti Guardian sangat mudah, gampang bak kata bahasa indon. Maybe i don't prepare myself for things that i should expected. Betapa fragilenya diri ni ketika itu, terasa mahu give up, gugur jugalah sekali dua air mata mengenang perasaan keterpaksaan diri bekerja di situ. 

Tapi aku gagahkan  juga diri, tabahkan hati untuk meneruskan, tak mahu mengalah. Bukannya ada orang paksa aku pun untuk pilih tempat tu, aku yang sukarela jadi tanggunglah sendiri akibatnya. Teringat pada hari jadi aku ahad lepas, aku ditugaskan bekerja, betapa sedihlah hati, segala benda negatif masuk dalam diri. Ditambah pula dimarahi pelanggan dan family pada hari yang sepatutnya hari happy untuk aku. Nampak tak di situ?Bila kita dah memang tak relakan diri, apapun tak kan jadi, semua bendalah dijadikan alasan untuk menjadi negatif.

Kebetulan aku ternampak post kawan aku di Facebook, entri aku sebelum ni, dia buat aku tersedar, membuatkan aku mahu keep going. I took all the miseries in positive way, told myself it's a challenge for me. Sejak itu aku berubah, aku menjadi lebih gagah dan lebih positif dan Alhamdulillah, aku hampir tamat minggu ketiga bekerja. Apabila semua menjadi positif, semua menjadi mudah, aku mula nampak kebaikan aku bekerja part time di Guardian. 

Setelah berada sendiri di tempat seorang pekerja non-professional, aku sedar selama ini aku tidak pernah menganggap kerja mereka sukar, kerana bagi aku mereka tidak memerlukan ijazah untuk menjadi seorang juruwang, jadi mereka tidak perlu bersusah payah ke menara gading. Jangan salah faham, aku tidak pernah memandang rendah kepada kaum pekerja non-professional, bagi aku mereka juga manusia yang perlu dilayan sama rata seperti kita. Cuma aku tidak pernah menyelam perasaan mereka yang bekerja keras untuk gaji yang tidak seberapa. Hormat aku bertambah untuk mereka.

Siapa kata kerja sebagai juruwang tidak susah? Siapa kata kerja sebagai salesperson tidak susah? Siapa kata kerja sebagai cleaner tidak susah? Sejuk tangan aku bila menjadi juruwang dengan barisan  panjang pelanggan yang mahu membayar, stress dengan segala promosi, terms & condition yang memerlukan extra button ditekan di cash register. Silap bayaran jika ada kekurangan, juruwang lah yang bertanggungjawab untuk menambah nilai wang yang kurang. Pengalaman aku, kurang RM9, terpaksalah mengeluarkan wang poket. Mungkin anda fikir amaun tu sedikit sahaja tapi amaun tu amat bermakna untuk orang tidak berpendapatan /berpendapatan rendah seperti aku. 

Di Guardian, kami amalkan polisi 'Customer is always right' walaupun pelanggan itu yang salah. Aku pernah dimarahi pelanggan atas salah orang lain, nak menegakkan benang yang basah makcik tu, tapi tadahkanlah saja telinga. Nak buat macam mana, sabarkan saja hati. Bukan senang nak pleasekan pelanggan,. Perkara ni membuatkan aku lebih hormat pada pekerja-pekerja yang sabar melayan kerenah pelanggan yang sentiasa mahu betul. Kira macam kelas memupuk kesabaran pun ada. Dan juga belajar menerima dipanggil kakak, makcik atau lain-lain oleh mereka, takkanlah nak beritahu mereka umur kita pula kan? 

Anyway, bukanlah semuanya perkara buruk sahaja yang berlaku. Aku bersyukur aku tidak berputus asa mula-mula dulu. Aku berpeluang untuk bergaul dengan semua lapisan masyarakat, mungkin selama ini aku hanya berada di atas sahaja, bila dapat merasa berada di bawah, aku menjadi lebih bersyukur. Aku lebih positif. Bukanlah nak kata aku pasti tidak akan mengeluh/mengomel lagi selepas ni, itu menipu namanya, cuma aku lebih menghargai. Menghargai sumbangan orang lain yang mungkin nampak kecil tetapi significant peranan mereka. Tugas aku untuk menyapu dan mop lantai setiap kali tutup kedai membuat aku lebih memahami perasaan seorang cleaner. Betapa penat dan sakit-sakit seluruh badan melakukan pekerjaan yang mungkin nampak enteng bagi orang lain. Siapa tahu, mengemop lantai juga memerlukan strategi. Pendek kata semua pengalaman ini mengajar aku sedikit sebanyak erti hidup.

Oh tanpa sedar, betapa panjangnya aku telah berceloteh, bukan selalu mood menulis karangan Bahasa Malaysia itu datang, apatah lagi panjang berjela seperti ini. Jika English ada Grammar Nazi, mungkinkah Bahasa Malaysia ada Komunis Tatabahasa? Jika ada, kepada pembaca merangkap Komunis Tatabahasa, maafkan celoteh saya, kekurangan tatabahasa dan pemahaman saya amatlah dikesali.


Sekian. 

5 voice(s):

naqimerah said...

trust me its was feeling the same way dude when i was first working at 7e,but it is true this is the best way to learn when we have our own business one day in syaa allah!!sabar pujuk diri tenangkan diri sentiasa memaafkan beruasaha memperbaiki diri dan rajin2 berdoa


-the 7e guy-

Unknown said...

mcm mana cara mereka bayar gaji pekerja ye?

Unknown said...

mcm mana cara mereka bayar gaji pekerja ye?

Kirikanan said...

Nak tanya la kalau ada sale kan, brg display habis, so esok nya la kan baru refill balik stock kat display?

Fml said...

Dude u speak for me. Susahnya kerja Guardian, i ingat kerja bodoh bodoh je sekali.....hmmmm cedih. Anyway thanks for this post. It is nice to know that I am not alone in this battle.

Post a Comment

 

Template by Best Web Hosting